di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak kenapa kami memilih untuk menternak cacing untuk mencari pendapatan sampingan. ramai diantara kita yang tidak mengetahui potensi penternakan cacing (lumbricus rubellus) . pada harga pasaran sekarang, sekilo cacing mampu mencecah RM600. namun ramai yang berkata "memang la harga tinggi tapi kadar pembiakan lambat.....". sebenarnya, kadar pembiakan cacing adalah cepat dimana sekilo cacing dapat membiak minimum sekali ganda dalam tempah 1 bulan setengah tetapi pendapatan utama dalam penternakan cacing ini adalah bukan menjual cacing tetapi menjual baja vermicast atau lebih dikenali baja vermikompos yang dihasilkan dari medium tersebut. 1kg cacing memakan 1kg medium dan menghasilkan lebih kurang 1kg baja vermicast sehari. mengikut harga pasaran, baja vermicast ini mampu mencapai RM5/kg.
* jika menternak 1kg cacing*
1 hari menghasilkan 1kg baja = RM5
7 hari menghasilkan 7kg baja = RM35
30 hari menghasilkan 30kg baja = RM150
* jika menternak 10kg cacing*
1 hari menghasilkan 10kg baja = RM50
7 hari menghasilkan 70kg baja = RM350
30 hari menghasilkan 300kg baja = RM1500
dengan hanya menjual baja vermicast sahaja, anda mampu mencapai pendapatan sebanyak itu, itu tidak termasuk menjual cacing itu sendiri. ada juga yang berkata " ala lecah la nak ternak cacing ni...". ANDA SILAP!!!! menternak cacing ini amat mudah dan ini merupakan sebab utama kami memilih penternakan cacing ini. apa yang menyebabkan saya kata penternakan cacing ini mudah? menternak cacing ini dikatakan mudah kerana anda tidak perlu meluangkan banyak masa untuk ternakan cacing ini, anda cuma perlu memeriksa suhu dan kelembapan medium semaksimum 2x sehari dan ini boleh dilakukan dengan tidak sampai 10minit pun. terus terang saya kata, saya masih belajar dan 2 orang rakan saya yang sedang bekerja, mampu menjalankan penternakan ini tanpa perlu berhenti belajar dan boleh terus bekerja di pejabat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment