Thursday, August 21, 2008

Hari kelima, keenam dan seterusnya (persediaan)...........................

tiada apa yang menarik untuk dilaporkan memandang kebanyakkannya adalah rutin biasa iaitu menyiram dan memastikan suhu medium adalah pada kadar yang betul. namun di sini saya ingin melaporkan hasil tuaian ke-2. kali ini sebanyak 7.2kg baja raw berjaya diayak. kini cuma mengghitung hari untuk membuka penjualan baja kepada umum. nantikan produk pertama A.K.F Agro Group, tungguuuuuu....................

Sunday, August 17, 2008

Hari keempat (persediaan)..............

pada hari keempat ini kami menuai baja yang terhasil dari medium menggunakan "pengayak" dan alhamdulillah sebanyak 9.5kg (raw*) berjaya dituai. kami menjangkakan sebanyak 8kg baja vermicast dapat dihasilkan setelah mengeringkan baja vermicast raw* tersebut. 8kg x RM5 = RM40.

"pengayak" yang 100% siap


persiapan sebelum mengayak


sebahagian dari cacing yang diasingkan dari medium

baja vermicast raw* yang berjaya dituai

hasil tuaian ditimbang untuk direkodkan

9.5kg baja vermicast raw* yang berjaya dituai

* raw bermaksud baja vermicast yang masih lembap.

Saturday, August 16, 2008

Mengapa kami memilih penternakan cacing........

di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak kenapa kami memilih untuk menternak cacing untuk mencari pendapatan sampingan. ramai diantara kita yang tidak mengetahui potensi penternakan cacing (lumbricus rubellus) . pada harga pasaran sekarang, sekilo cacing mampu mencecah RM600. namun ramai yang berkata "memang la harga tinggi tapi kadar pembiakan lambat.....". sebenarnya, kadar pembiakan cacing adalah cepat dimana sekilo cacing dapat membiak minimum sekali ganda dalam tempah 1 bulan setengah tetapi pendapatan utama dalam penternakan cacing ini adalah bukan menjual cacing tetapi menjual baja vermicast atau lebih dikenali baja vermikompos yang dihasilkan dari medium tersebut. 1kg cacing memakan 1kg medium dan menghasilkan lebih kurang 1kg baja vermicast sehari. mengikut harga pasaran, baja vermicast ini mampu mencapai RM5/kg.

* jika menternak 1kg cacing*
1 hari menghasilkan 1kg baja = RM5
7 hari menghasilkan 7kg baja = RM35
30 hari menghasilkan 30kg baja = RM150

* jika menternak 10kg cacing*
1 hari menghasilkan 10kg baja = RM50
7 hari menghasilkan 70kg baja = RM350
30 hari menghasilkan 300kg baja =
RM1500

dengan hanya menjual baja vermicast sahaja, anda mampu mencapai pendapatan sebanyak itu, itu tidak termasuk menjual cacing itu sendiri. ada juga yang berkata " ala lecah la nak ternak cacing ni...". ANDA SILAP!!!! menternak cacing ini amat mudah dan ini merupakan sebab utama kami memilih penternakan cacing ini. apa yang menyebabkan saya kata penternakan cacing ini mudah? menternak cacing ini dikatakan mudah kerana anda tidak perlu meluangkan banyak masa untuk ternakan cacing ini, anda cuma perlu memeriksa suhu dan kelembapan medium semaksimum 2x sehari dan ini boleh dilakukan dengan tidak sampai 10minit pun. terus terang saya kata, saya masih belajar dan 2 orang rakan saya yang sedang bekerja, mampu menjalankan penternakan ini tanpa perlu berhenti belajar dan boleh terus bekerja di pejabat.


cacing merah/lumbricus rubellus


baja vermicast yang dituai dari medium cacing

Hari Ketiga (persediaan)..........

pada hari ketiga ini tiada aktiviti yang dijalankn melainkan menyiram medium untuk mengekalkan suhu dan kelembapan medium. namun kami telah melakukan kesilapan apabila terlalu banyak air disiram pada salah satu bekas medium. apabila medium terlalu basah, cacing akan timbul ke permukaan untuk mengelak dari lemas. jadi kami telah memodified medium tersebut. alhamdulillah tiada cacing yang mati. so kesimpulan dari kejadian ini, kami dapat belajar dari kesilapan hehehe.............

Thursday, August 14, 2008

Hari kedua (persediaan)..........

hari ini kami mengerah keringat membina mesin ayak yang akan digunakan untuk mengasingkan baja dari medium. kayu-kayu terpakai digunakan untuk membina "pengayak" ini untuk menjimatkan kos. malangnya "pengayak tersebut tidak dapat disiapkan pada hari ini kerana saiz jaring yang tidak sesuai sebagai "pengayak".


"pengayak" yang 95% siap

Hari pertama (persediaan)........

alhamdulillah, hari ini tempahan fasa 1 cacing induk sebanyak 2kg selamat tiba insyaallah fasa 2 sebanyak 8kg akan tiba pada hari ahad ini. hari ini juga sebanyak 100kg medium turut tiba bersama sebagai permulaan sebelum kami menghasilkan medium sendiri.


antara cacing induk yang diterima (maap la gamba x brape clear sbb pki camera handset)


kami menggunakan rak plastik bertingkat buat sementara waktu sebelum tempahan rak-rak kayu tiba